Kebudayaan dan rekreasi Copenhagen

Sejak akhir 1990-an, Copenhagen menjalani perubahan wajah dari sebuah ibu kota Scandinavia yang santai menjadi sebuah bandaraya metropolitan yang hebat di mata dunia, setanding dengan Barcelona dan Amsterdam[52], hasil pelaburan prasarana secara besar-besaran serta gelombang bakat baru jurubina, pereka dan tukang masak di Denmark.[8][30]

Muzium

Di Copenhagen terdapat sebilangan cukup muzium bertaraf antarabangsa. Muzium Negara Denmark (Nationalmuseet) ialah muzium arkeologi dan sejarah kebudayaan terbesar di Denmark yang mempamerkan sejarah kebudayaan dalam dan luar negara Denmark. Balai Seni Negara Denmark (Statens Museum for Kunst) ialah muzium kesenian kebangsaan Denmark yang menyimpan himpunan karya seni dari abad ke-12 hingga kini. Antara karyawan seni yang terhimpun hasil seninya di sini termasuk Rubens, Rembrandt, Picasso, Braque, Léger, Matisse dan Emil Nolde.

Sebuah lagi muzium kesenian yang penting di Copenhagen ialah Ny Carlsberg Glyptotek yang diasaskan oleh hartawan/dermawan Carlsberg generasi kedua, Carl Jacobsen, dan menyimpan koleksi peribadi beliau. Tumpuan utamanya ialah arca klasik dari Mesir, Rom dan Yunani dan bermacam-macam lagi barang-barang purba, serta koleksi arca Rodin yang terbesar di luar Perancis[53] Selain himpunan arcanya, Ny Carlsberg Glyptotek juga menyimpan koleksi lukisan impresionis dan pasca-impresionis karya Monet,Renoir, Cézanne, van Gogh dan Toulouse-Lautrec, antara lainnya, di samping hasil seni Zaman Keemasan Denmark.

Muzium Seni Moden Louisiana ialah sebuah muzium seni moden yang terletak di pantai utara Copenhagen, di tengah-tengah taman arca di atas cenuram yang menghadap Øresund.

Muzik dan hiburan

Pemandangan Panggung Opera Copenhagen dari Panggung Diraja.

Dewan Konsert Copenhagen yang dibuka pada Januari 2009, direka oleh Jean Nouvel dan juga mempunyai empat buah dewan termasuk auditorium utama yang bermuatan 1800 orang. Dewan yang menjadi pangkalan Orkestra Simfoni Kebangsaan Denmark ini merupakan dewan konsert termahal dalam sejarah di samping Dewan Konsert Walt Disney di Los Angeles.[54] Tempat lain yang penting untuk muzik klasik ialah Dewan Konsert Tivoli yang terletak di Taman Tivoli yang bersejarah. Panggung Opera Copenhagen (Operaen) rekaan Henning Larsen yang dibuka pada tahun 2005, ialah dewan opera kebangsaan Denmark dan salah sebuah panggung opera termoden di dunia. Teater Diraja Denmark lama yang dibina pada tahun 1748 masih berfungsi sebagai pentas opera tambahan di samping menempatkan Balet Diraja Denmark yang juga diasaskan pada tahun 1748, sebagai salah sebuah kumpulan balet terlama di Eropah, dan juga tempat kelahiran tarian balet aliran Bournonville.

Teater Diraja Denmark.

Untuk hiburan tanpa bayaran, pengunjung boleh bersiar-siar di Strøget, khususnya di antara Nytorv dan Højbro Plads, yang menjadi seakan-akan sarkas spontan yang mempunyai tiga gelanggang pada waktu petang dan malam, dimeriahkan oleh pemuzik, tukang silap mata, penjugel dan lain-lain penghibur jalanan.

Sukan

Copenhagen mempunyai pasukan dalam pelbagai sukan. Dua kelab bola sepak utama di Copenhagen ialah Brøndby IF dan FC København. Kelab Brøndby IF bermain di Stadium Brøndby di Brøndby and FC København bermain di Parken di Østerbro, Copenhagen. Pasukan lain ialah seperti Fremad Amager, B93, AB, Frem, Lyngby, Hvidovre IF dan FC Nordsjælland

Stadium Parken

Copenhagen juga mempunyai 3 pasukan hoki ais: Rødovre Mighty Bulls, Herlev Hornets dan Nordsjælland Cobras.Terdapat juga pasukan bola baling di Copenhagen. FC København mempunyai pasukan lelaki dan wanita yang mempunyai logo dan baju yang sama. Mereka asalnya dikenali sebagai FIF. Antara kelab lain yang bermain di liga perdana seperti; Ajax Heroes, Ydun, dan HIK (Hellerup).

Ragbi juga dimainkan di Copenhagen dengan kewujudan pasukan ragbi CSR-Nanok, Copenhagen Scrum, Exiles, Froggies dan Rugbyklubben Speed.Liga Bola Sepak Australia Denmark, berpangkalan di Copenhagen ialah pertandingan bola sepak Australia terbesar di luar negara penutur Bahasa Inggeris.

Pada 2011, Copenhagen telah menjadi tuan rumah Kejuaraan UCI Road World.

Rujukan

WikiPedia: Copenhagen http://www.architecture-page.com/go/people/profile... http://www.architecture.com/Awards/RIBAEuropeanAwa... http://www.architecture.com/Awards/RIBAEuropeanAwa... http://britishbattles.com/waterloo/battle-copenhag... http://www.copcap.com/ http://www.designboom.com/weblog/read.php?CATEGORY... http://www.dezeen.com/2008/10/05/suk-project-by-bi... http://www.euromonitor.com/Top_150_City_Destinatio... http://www.forbes.com/2008/07/21/cities-europe-lif... http://www.forumaid.com/default.asp?sid=1207